PM Lantik MB Pahang sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan

PM Lantik MB Pahang sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan
28 September 2025 23:09:11
ADMIN

PM Lantik MB Pahang sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan

KUANTAN, 11 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
 
Pelantikan itu katanya, adalah berdasarkan prestasi membanggakan Datuk Seri Wan Rosdy sehingga kini selain berupaya menyantuni rakyat dengan baik sebagai Menteri Besar.
 
"Saya nak memanfaatkan supaya beliau membantu saya dan Datuk Seri Zahid menjelajah ke seluruh negara menyantuni usahawan bumiputera dan mencari kaedah serta jalan untuk meningkatkan martabat belia dan usahawan bumiputera seluruh negara," kata Datuk Seri Anwar, malam tadi.
 
Beliau mengumumkan pelantikan itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan, Pahang.
 
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
 
Bertemakan "Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara", majlis sambutan itu telah dibanjiri hampir 30,000 pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang beraya bersama Perdana Menteri serta menikmati pelbagai juadah, antaranya lemang, sate, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya.
 
Majlis juga diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Hael Husaini, Datuk M. Nasir, Nadeera Zaini, Mawi, Daiyan Trisha, D’ Rural Band, CSE Buskers dan Kelab Kebudayaan Negeri Pahang.
 
Selepas Pahang, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 akan diadakan di Kelantan dan Pulau Pinang pada hari esok, Sarawak (19 April), Perak (25 April) dan Perlis (27 April).

Share This Page

Latest Info

28 September 2025 23:09:11

PM Lantik MB Pahang sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan

KUANTAN, 11 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Penasihat Khas kepada Majlis...

Read More
28 September 2025 23:07:09

NIAT BANTU PENIAGA KECIL

TEMERLOH - Bermula dengan niat untuk membantu peniaga kecil khususnya di daerah ini, kini Khairul Najmi Ahamad @ Ahmad, 40, memiliki tiga tapak jualan but kereta atau car boot sale...

Read More
28 September 2025 23:04:03

MIHAS 2025 BUKA PELUANG USAHAWAN PAHANG KE PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER 2025 : Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025 merupakan pentas pembuka peluang kepada usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Read More

News List